Sunday, December 27, 2020

Potensi dan Cabaran

 Lembangan sungai ini mempunyai nilai sejarah yang dikaitkan dengan laluan Pahlawan Dato Paduka Mat Salleh suatu ketika dahulu. Menurut blog abdnaddin (2010) :

Sungai Likas, Sungai Inanam dan Sungai Darau, yang bersambungan satu sama lain merupakan sungai yang pernah ditelusuri oleh Pahlawan Sabah, Datu Paduka Mat Salleh ketika melancarkan serangan ke atas penjajah di Pulau Gaya pada awal 1900. 


Namun terdapat pelbagai cabaran pada masa lalu dan masih berlaku pada masa kini iaitu isu pencemaran:, Menurut blog itu lagi:

"Kira-kira 70 peratus kawasan sungai di Likas, Inanam dan Menggatal mengalami masalah pencemaran yang agak teruk dan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menangani masalah pencemaran itu, kata Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Jumat Haji Idris. Pencemaran sungai yang kini dipenuhi sampah sarap menjadi satu isu yang perlu diselesaikan untuk memastikan alam sekitar sentiasa cantik dan bersih. 

    Keadaan itu bertambah teruk lagi dengan kewujudan penempatan setinggan yang menyebabkan sungai bertambah sempit         manakala sampah bertimbun di sebalik kesedaran penduduk yang semakin hilang terhadap kepentingan alam sekitar.         "Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi menangani masalah pencemaran sungai yang semakin teruk itu," katanya selepas membuat tinjauan bersama wartawan media cetak dan elektronik selama lebih dua jam menyusuri kira-kira 10 km sungai yang merentangi beberapa buah kampung seperti Kampung Darau, Kampung Cempaka, Kampung Cenderamata Dua, Kampung Lembaga Padi, Kampung Kalansanan, Kampung Bangka Bangka. Sungai-sungai yang mengalir di kawasan Sepanggar bukan saja kaya dengan flora dan fauna tetapi cantik dan penuh sejarah. "

SUMBER:http://abdnaddin.blogspot.com/2010/01/dari-sungai-daraumelihat-hutan-bakau.html

Keadaan itu adalah pada tahun 2010.

Friday, December 25, 2020

Lembangan Sungai DIL

 Terletak di muara sungai Likas dan di laluan harian, sungai ini mempunyai potensi yang besar

untuk dimajukan


selamat datang ke lembangan DIL